Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam

02:02:00 0 Comments A+ a-



kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita . tapi tak de pulak dia tunjuk yang dia suka . atau kita je yang perasan ? hihi . atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal . so , hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke ? jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!
manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka . hahaha . dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan .

Kedua!
lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!
diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha . 

Keempat!
tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!
si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!
bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!
mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.

Kelapan!
selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .

Kesembilan!
bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.

Kesepuluh!
selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!
bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .

Kedua Belas!
last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha .