Pengenalan diri

Perumahan Pantai Permai terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Ia merupakan apartment yang merangkumi 3 buah blok dan terdiri daripada 5 tingkat dan  15 tingkat bagi setiap blok. Saiz bagi setiap unit flat adalah dalam 650 kaki persegi. Setiap unit flat mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air. Perkhidmatan sekuriti 24 jam juga disediakan bagi memastikan keselamatan para penduduk Perumahan Pantai Permai terjamin. Bilangan penduduk di sini dianggarkan dalam dua ke tiga ribu orang penduduk. Disini terdapat Surau An-Nurhidayah yang terletak di bawah blok C lima tingkat dan boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam 1 masa.

Terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan yang boleh diakses untuk memudahkan kehidupan penghuni perumahan Pantai Permai. Antara kemudahan berdekatan ialah pasaraya The Sphere, yang sebelum ini adalah pasaraya AEON yang menyediakan barangan keperluan harian dan juga barangan-barangan yang lain.

Berdekatan dengan flat Pantai Permai juga ialah kedai 7-eleven dan kedai KK yang dibuka 24 jam bagi memenuhi keperluan penduduk sepanjang masa. Selain itu, terdapat beberapa kedai runcit yang berdekatan. Dengan ini, penduduk Pantai Permai mempunyai kedai-kedai yang menyediakan pelbagai pilihan untuk barang-barang keperluan. Selain itu, juga berdekatan Klinik 1Malaysia di flat Kerinchi dan juga klinik kesihatan yang menyediakan keperluan perubatan untuk penduduk setempat.

Di samping itu, terdapat pasar malam pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu yang menjual pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, makanan dan juga pakaian. Terdapat kemudahan bas RapidKL dan juga hentian bas untuk bas Universiti Malaya (UM). Perumahan Pantai Permai juga lengkap dengan kemudahan LRT dan juga stesen KTM.

Lain-lain info berkaitan,

1) 1.5km ke LRT Kerinchi
2) 900m ke KTM Angkasapuri
3) 4.5km ke Mid Valley Shopping Mall.
4) 3.5km ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
5) 900m ke Masjid Rahah
6) 2.2km ke University Malaya

Sebarang pertanyaan dan perkongsian boleh menghantar email kepada saya perumahanpantaipermai@gmail.com atau WhatsApp tekan di tersebut https://wa.link/rqcme5