Wednesday, 16 March 2016

Tanda-Tanda Orang Bersifat Kedekut


Tanda Mengenali Orang Bersifat Bakhil (mesti baca!)

Pernahkah anda mempunyai rakan yang bersifat bakhil? Tidak kiralah kawan, adik, abang,
saudara-mara serta sesiapa sahaja yang anda kenal. Adakah anda pasti dia seorang
kedekut? Ataupun sengaja melawak dengan anda?

Dibawah ini admin hendak tunjukkan sedikit ciri-ciri orang bersifat kedekut

tahi hidung masin seperti cerita Hagemaru di Astro Ceria ataupun lebih terkenal
dengan nama bakhil.

9 Ciri-ciri orang Bersifat Bakhil :

1. Sering makan di kedai sendirian.Tidak kisah jika tiada teman berbual.

2. Ambil makanan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain.

Kadang-kadang tauke suruh kita makan dulu baru bayar. Bagi si kedekut,
cara ini mengundang risiko dia kena membayar untuk orang lain nanti.

3. Jika tak sempat bayar, makan cepat-cepat,segera minta diri dari 

rakan-rakan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi. Katalah ada hal atau nak
pergi tandas.

4. Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin

duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang
paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu 
kawan “sudah kenyang”. Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. 
Mesti kawan-kawan tak akan suruh dia bayar. Mereka tak sampai hati.

5. Dalam keadaan tak dapat ‘lari’ ketika makan bersama kawan-kawan, 

taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di 
meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian 
seolah-olah sedang berbual dengan seseorang di telefon.Lebih baik lagi bila nampak 
tauke datang, bunyikan telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit 
dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.

6. Dalam situasi di atas,boleh juga dicuba cara diamkan diri sahaja. Akan ada 

nanti kawan yang pemurah dan selalu jadi mangsa membayarkan. Ooh ya, makan 
dengan orang yang diketahui suka membayar juga merupakan satu tips untuk 
selamatkan wang sendiri!

7. Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. 

Dalam situasi ini, si kedekut bolehlah berpura-pura mengeluarkan dompet dari 
poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula; 
Mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun 
hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan 
yang membayar. Alhamdulillah.... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. 
Sambil berkata.. ”laaa...., cepat sangat awak nak membayar, patutnya saya yang 
membayar kali ini..’

8. Situasi di atas boleh diubahsuai lagi. Kali ini dompet telah terkeluar. 

Dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100 dan RM50. Jangan 
tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nanti dia nampak duit kecil sebenarnya ada.
Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan 
katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar 
dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.

9. Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, Ini benar-benar berlaku!), jika 

dia makan di meja lain, belum bayar, makan pun dah tinggal separuh, maka dia 
akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minumannya sekali. 
Lagaknya macam nak bersembang dengan kita. Tambahan pula dia nampak kita dah 
nak hampir ke fasa membayar. Dia pun tumpang semangkuk sambil mempraktikkan 
mana-mana taktik yang disebutkan tadi.

Jikalau salah satu ada kepada sesiapa sahaja yang anda kenal. Maknanya memang

dia bakhil iaitu raja kedekut. Kalau barang kita senang diminta tetapi barang dia 
punya seksa untuk diminta tambahan lagi hendak guna.

Kesimpulannya sabar sahajalah yer kawan. haha...

http://baca-blogspot.blogspot.my/

Saturday, 12 March 2016

Lelaki Seperti Apa Yang Akan Menghasilkan Isteri Sepeti Apa?



Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”
Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.
Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.
Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.
Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.
Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.
Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.
Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.
Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.
Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "
Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.
Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.
Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.
Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.
Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.
Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.
Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.
Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.
Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.
Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.
Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.
Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”
*Copy paste
[Credit to: penulis asal]

Majlis Perkahwinan Abdul Muen & Azwa

Assalamualaikum.. Admin nak show off sikit gambar majlis perkahwinan anak Dato' Abdul Aziz di Petaling Jaya siang tadi. Majlis tadi mempunyai 6 biji kemah canopy besar di pasang di depan rumah dato' yang boleh memuatkan lebih 200 orang dalam 1 masa. Siang tadi admin agak berselera juga lah dengan hidangan di majlis tadi.







Sama cantik sama padan. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan berseri-seri di hari bahagia mereka. Admin suka dengan persalinan berwarna biru yang dipakai oleh mereka. Memang menampakkan lagi keceriaan di hari bahagia.









Semoga Muen dan isteri akan terus bahagia kekal hingga ke Jannah. Sama-samalah kita doakan. tahniah buat pasangan dari admin dan penduduk pantai permai. selamat malam 

Monday, 7 March 2016

Besi Makan Banyak Kaki Sudah Diganti Baru






Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ini admin selia kerja-kerja ganti besi longkang dengan yang baru. harap lepas ni takde la lagi kes kaki masuk longkang. sekian berita hari ini.. wassalam.

Sunday, 6 March 2016

Senarai Nombor Telefon Plumber & Wireman Terbaik Di Pantai Permai


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sekiranya tuan / puan memerlukan khidmat plumber atau elektrikal wireman sila hubungi no telefon yang tertera dibawah
  • Abang Razi 012-3841845
  • En Hanif 012-7964840
Admin sudah menggunakan khidmat mereka, Alhamdulillah memang terbaik.
sekian terima kasih.. sebarkan.. wassalam.

5 Tanda Lelaki Kuat Cemburu Yang Mungkin Anda Belum Tahu


Selalunya yang sinonim dengan cemburu ialah perempuan..tapi adakah anda sedar yang lelaki juga ada yang kuat cemburu?

cuma,mungkin sesetengah daripada mereka lebih bijak mengawal daripada dilihat..atau dipertontonkan kepada orang lain..
jom kita lihat tanda-tanda lelaki kuat cemburu...yang nyata!

1. menelefon anda lebih dari 5 kali sehari..ya..lebih 5 kali..tetapi lelaki itu mestilah kawan lelaki/pakwe anda ataupun suami anda..sebab kalau yang menelefon tu mamak kedai jual roti canai..alamak! cemburu juga ke? hehe

2.perlu menghabiskan masa bersama dia sahaja..
pantang ada cuti ataupun masa terluang mesti dihabiskan bersama dia..tidak boleh tidak..tapi kalau anda yang mahukan begitu..macam mana pula??

3.pantang jika anda bercakap dengan lelaki lain...anda langsung tidak dibenarkan bercakap dengan lelaki lain walaupun lelaki itu adalah cashier dekat pasaraya semasa anda sedang bayar harga barang yang dibeli..hehe

4.fikir yang bukan-bukan apabila anda tidak membalas mesej anda atau menjawab panggilan anda..mulalah dituduh tidak setia, ada insan lain dan lain-lain lagi..

5.mengetahui semua account facebook, email, blog beserta dengan passwordnya sekali..yang ni memang naya la siapa yang dapat teman lelaki sebegini rupa..hehe

Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam



kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita . tapi tak de pulak dia tunjuk yang dia suka . atau kita je yang perasan ? hihi . atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal . so , hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke ? jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!
manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka . hahaha . dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan .

Kedua!
lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!
diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha . 

Keempat!
tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!
si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!
bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!
mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.

Kelapan!
selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .

Kesembilan!
bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.

Kesepuluh!
selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!
bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .

Kedua Belas!
last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha .